Sunday, October 23, 2011

KESALAHAN PENGGUNAAN TATABAHASA

KESALAHAN PENGGUNAAN KATA

KATA BILANGAN:

Salah: Empat unsur-unsur
Betul: Empat unsur

Salah: Banyak organisasi-organisasi
Betul: Banyak organisasi

Salah: Banyak langkah-langkah
Betul: Banyak langkah

Salah: Semua tugas-tugas
Betul: Semua tugas

Salah: Semua anggota-anggota
Betul: Semua anggota

Salah: Semua ilmu-ilmu
Batul: Semua ilmu

Salah: Semua aspek-aspek
Betul: Semua aspek

Salah: Kesemua filem-filem
Betul: Kesemua filem

Salah: Segala maklumat-maklumat
Betul: Segala maklumat

Salah: Kebanyakan orang-orang
Betul: Kebanyakan orang

Kesimpulan: Kata bilangan seperti:
  • berbagai-bagai/pelbagai
  • para
  • sebahagian
  • segenap
  • keseluruhan
  • kedua-dua
  • beribu-ribu
  • berguni-guni
  • tiap-tiap
  • masing-masing
....perkataan yang mengikutinya tidak perlu digandakan.
Catatan: Bagi perkataan 'masing-masing', perkataan yang mendahuluinya tidak perlu digandakan. 
Contoh:Peserta pertandingan diminta mengambil tempat masing-masing.
 
Kesalahan dlm tatabahasa akan mempengaruhi markah anda dlm peperiksaan / ujian. Cuba lawat pautan (link) ini http://www.scribd.com/doc/24984861/Kesalahan-Umum-Tatabahasa . Ia banyak memberikan panduan utk mengelakkan kesilapan

KATA PENGUAT

Kata Penguat

1. Kata Penguat ialah perkataan yang digunakan untuk menguatkan maksud kata adjektif.
2. Kata penguat boleh hadir sebelum atau selepas kata adjektif.
Contoh
Paling Agak Sungguh Amat
Terlalu Nian Benar Paling

3. Kata penguat seperti agak, pling, dan terlalu diletakkan sebelum kata adjektif.
4. Kata penguat seperti sekali, benar, dan nian diletakkan selepas kata adjektif.
5. Kata penguat seperti sangat, amat, dan sungguh bleh diletakkan sama ada sebelum atau selepas kata adjektif.
Contoh
1. Murid yang paling pintar di sekolah ialah Latipah.
2. Pemandangan di tepi pantai itu sungguh indah.
3. Suhu di kawasan kutup amat sejuk.
4. Kereta api itu sangat laju.
5. Kereta itu laju sangat.
Kata Penegas
Kata penegas ialah kata yang digunakan untuk memberikan penekanan atau menegaskan bahagian-bahagian yang tertentu dalam ayat.
Contoh
-kah -lah -tah jua
Juga Sahaja Hanya Memang
Lagi pun

Contoh
1. Itulah rumah saya.
2. Pernahkah awak makan sup daging arnab.
3. Apatah dayaku untuk menolongnya.
4. Kucing itu dibawa juga ke rumah neneknya.
5. Hanya Kamal yang belum membayar yuran.
6. Dia seorang sahaja yang berbaju Melayu.
Kata Nafi
1. Kata nafi ialah perkataan yang digunakan untuk menafikan sesuatu pernyataan.
2. Terdapat dua kata nafi, iaitu bukan dan tidak.
3. Kata nafi bukan digunakan untuk menafikan frasa nama dan frasa sendi nama.
Contoh
a) Lelaki yang berbaju merah itu bukan ayah saya.
b) Baju ini bukan untuk Suzi, tetapi untuk adik saya.
4. Kata nafi tidak digunakan untuk menafikan frasa kerja dan frasa adjektif.
Contoh
a) Melepak di pusat membeli-belah tidak memberikan sebarang faedah.
b) Sungai di belakang rumah saya tidak dalam sangat.
5. Kata nafi bukan boleh hadir sebelum frasa kerja dan frasa adjektif jika ayat itu tidak setara.
Contoh
a) Budak itu bukan pandai sangat tetapi dia rajin belajar.
b) Anjing itu bukan garang tetapi suka bermanja.
Kata Pemeri
1. Kata Pemeri ialah perkataan yang menghubungkan subjek dengan frasa-frasa utama dalam prediket.
2. Terdapat dua kata pemeri, iaitu ialah dan adalah.
3. Kata pemeri ialah diletakkan di hadapan kata nama atau kata frasa nama.
4. Kata pemeri adalah diletakkan di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama.
Contoh
a) Perempuan yang berambut panjang itu ialah kakak saya.
b) Hariza adalah antara pelajar yang cemerlang di sekolah itu.
c) Tarikh tutup peraduan itu adalah pada hari Isnin.

KATA BANTU

Kata Bantu

Kata bantu ialah kata yang digunakan untuk menerangkan masa sesuatu perbuatan atau ragam yang berkaitan dengan perbuatan.
Contoh
Akan Belum Masih
Telah Sudah Harus
Boleh Dapat Hendak
Mesti

1. Kereta api dari utara telah sampai.
2. Awak patut menyiapkan tugas ini dengan segara.
3. Adik Rahimah belum tahu berjalan.
4. Ayah dapat menyiapkan tugas ini dengan segera.
5. Encik Borhan hendak pergi memancing esok.

KATA PERINTAH

Kata Perintah

Kata perintah ialah perkataan yang digunakan untuk menunjukkan arahan. Kata perintah boleh ditambah partikel �lah di belakangnya.
contoh
Jangan Sila tolong Harap
usah jemput Minta

Contoh ayat
1. Jangan tolak meja itu ke situ.
2. Silalah datang ke rumah saya jika ada masa lapang.
3. Tolong buang sampah ke dalam tong sampah.